Belitung Island with MTNgetaways

Hi!!!

Rasa macam dah lama gila tak tulis entry kan? Hari ni Iman rasa nak share pasal holiday trip dengan MTNgetaways pada 9 – 12 Disember 2018. Holiday tu kat mana?  Jawapannya di Belitung Island. Masa first time Iman dengar nama tempat ni, ingatkan kat Pahang je, rupanya Indonesia! Belitung Island ni kira macam Maldives Indonesia😲 Okay jap nak amik nafas sebelum cerita ni😂

Malam sebelum bertolak ke Belitung tu..fuhhhh Iman tak boleh tidur!  Sebab terlalu excited! 😆 Tapi Iman memang jenis yang pukul 2 / 3 pagi mesti terjaga dari tidur. Iman pun tak tahu kenapa.  Malam tu lepas Iman terjaga, Iman tidur la balik tapi rasa panas semacam je. Iman pun bangun tengok rumah gelap gelita! Masa ni dalam pukul 4.30 pagi.   Pelik juga la sebab selalu rumah terang walaupun tidur sebab Iman takut gelap😝 Rupa rupanya blackout time tu. Haiyaaa! 😣 Ingatkan blackout 30 minit je rupanya sampai pukul 6 blackout tak habis lagi. Jadi Iman pun bersiap pagi tu dalam keadaan gelap gelita. Sampai siap lambat sebab susah nak cari barang dalam gelap.

Pagi tu kami semua yang join trip ke Belitung berkumpul kat Terminal Bas Larkin sebab nak kena amik bas ke Singapore. Oh ya! Pergi Belitung ni kita kena naik flight dan kena naik ikut Changi Airport. So dari JB kita pun ke Changi. Sebelum bertolak Babah (ayah Iman)  dah pesan awal-awal. “Nanti kat immigration tu jangan jalan lenggang kangkung. Semua orang jalan laju kat situ. Pastikan ada orang lebih tua ada kat keliling” Iman pun macam blur juga la time tu sebab tak pernah naik bas pergi Singapore 😅 Turun je immigration pertama pergh dah start mengah time tu😂 tak sangka kena jalan punya la laju siap angkut beg, luggage bagai😂 Lepastu cari la bas yang kita naik tadi tu tapi bas tu tak muncul pun maka kita pun naik bas lain dan kena bayar tambang lain💸

Okay ni part penting Iman nak bagi tahu. Bila nak masuk Singapore kan kena isi ‘white card’ kan?  Sila isi betul betul ya😂 Jangan jadi macam Iman!  Tak pasal pasal immigration tu tanya macam macam. Siap suruh membaca depan dia lagi! 😂  Lepas passport dah siap cop, kelam kabut la turun nak cari bas. Pakcik bas tu kata bas gerak pukul 11.30, kita orang semua turun pukul 11.15 tapi bas tak ada. Jadi kami semua husnuzon mungkin bas masih sangkut 😂 Tunggu punya tunggu pukul 2 baru bas sampai!  Itupun bas lain😕 orang situ kata dah ramai orang kena macam tu, tiba tiba bas tak ada. Jadi lain kali kena lebih peka!  Bayangkan dari pukul 12 sampai pukul 2 tu dok tahan pergi toilet sebab toilet dia tak ada paip😂 Lepastu dari tempat bas nak pergi Changi jauh pulak tu😅

Camera credit : Kak Farahain (pinjam gambar tau kak ain) 😜

Dah dapat bas pukul 2, terus gerak pergi Changi!  Yeayy!! Sampai Changi Airport kita terus check in lepastu lepak kat food court dia. Dalam airport tu siap ada taman rama rama. Jadi tak ada la bosan tunggu flight. Korang boleh ronda kat situ. Setiap terminal ada kelebihan dia sendiri. Part paling ditunggu tunggu telah tiba!  Yeay naik aeroplane!   Ramai yang ingat nak pergi Belitung ni naik feri. Oppss anda salah! 😂 perut ni memang dah buat lagu rock tau masa dalam flight sebab lapar sangat😫 nasib baik dalam flight dapat makan!

Masa perjalanan dalam 1 jam je. Sampai sampai Belitung dah gelap!  Baru pukul 6 tau masa tu. Dari airport Tanjung Pandan terus gerak pergi restoran!  Yeayyyy makannnnn!!!! Nama restoran untuk dinner ni ialah Raja Seafood Belitung. Kalau datang Belitung ni memang wajib makan seafood dia. Korang akan makan seafoood sampai bosan tau. Sebab kat mana mana pun seafood!  Apa yang best seafood dia FRESH!  macam kat Raja Seafood Belitung ni, semua seafood dia fresh!

Tengoklah ketam dia ni. PEHHHH. isi tebal bak hanggg😂😂

Lepas makan kami semua terus gerak ke hotel. Kami menginap ni La Lucia Boutique Hotel. Lawa gila hotel ni ! Konsep hotel ni ialah moden. Kalau korang rajin round dalam hotel ni, korang akan jumpa pelbagai lukisan dan mural yang cantik cantik. Dalam bilik pun ada mural tau.

Dah sampai hotel buat apa?  Mestilah TIDUR!  Hahahahha😂

Okay la. Kita cerita sampai sini dulu, tunggu tau next story!  Banyak lagi Iman nak share aktiviti aktiviti kat Belitung Island ni. Kalau korang ada sebarang pertanyaan boleh terus contact agency MTNgetaways tau. Kenapa kena contact dorang?  Sebab package yang dia orang offer sangat best dan berbaloi!!!Okay bye

For any enquiries please contact :

Faizun: +65 8531 3381

#nazaholdings #belitungisland #travelwithMTNgetaways #paradisenow
#mtngetaways #indonesia #singapore #islandhopping #instatravel #MTNGetawaysGettingYouThere #FAMmediatrip

About Author

client-photo-1
MTN Getaways

Comments

Leave a Reply