Pulau Belitung bukan sekadar Laskar Pelangi

PULAU BELITUNG, INDONESIA – Sebut nama Pulau Belitung pasti muncul di ingatan filem popular iaitu Laskar Pelangi. Siapa sangka gara-gara filem itu telah mencetuskan fenomena sekitar tahun 2008 buat pulau yang saiznya hanya tujuh kali besar dari Singapura.

Pada hal, sebelum itu Pulau Belitung merupakan salah sebuah daripada 17,000 pulau di Indonesia yang dikenali oleh masyarakat tempatan

Namun, anak jatinya yang juga penulis novel yang berkisah filem itu, Andrea Hirata berjaya membuatkan sebilangan besar daripada penonton Laskar Pelangi terpaksa mengakui mereka jatuh cinta dengan keindahan Pulau Belitung.

MGF26112018_PULAUBELITUNG_01
Suasana dan pemandangan di Sekolah Dasar Muhammadiyah atau lebih dikenali sebagai Sekolah Laskar Pelangi di Pulau Belitung, Indonesia. foto AFIQ RAZALI, 26 NOVEMBER 2018.

Ditambah pula garapan hebat pengarah filem itu, Riri Reza yang menyentuh perasaan hingga menerbitkan perasaan penonton yang mahu ke pulau tersebut selain lagu tema nyanyian Nidji menjadi popular.

Laskar Pelangi mengupas kepayahan 10 anak nelayan gigih menimba ilmu di sebuah sekolah kampung usang di Pulau Belitung, Riau sekitar tahun 1975.

Belitung ketika itu digambarkan sebagai sebuah pulau di Sumatera yang terkenal kerana bijih timahnya. Jalan ceritanya pula menampilkan kehidupan penduduknya yang miskin.

MGF26112018_PULAUBELITUNG_13
Pemandangan landskap indah tempat-tempat tarikan pelancong dan pulau dari atas di Pulau Belitung, Indonesia. foto AFIQ RAZALI, 26 NOVEMBER 2018.

Mesej yang hendak disampaikan melalui filem itu adalah pentingnya dunia pendidikan ketika masyarakat di sana di belenggu kemiskinan kerana sumber pendapatan mereka sebagai buruh lombong bijih timah dan petani.

Bagaimanapun, itu cerita 10 tahun lalu kerana pulau ini telah mula dibangunkan sebagai pusat pelancongan terkemuka.

Bagi yang pernah ke sana, pelbagai gelaran diberikan seperti ‘Next Bali’ dan ‘Maldives Indonesia’.

Berpeluang berkunjung ke Pulau Belitung baru-baru atas jemputan MTN Getaways Pte Ltd (MTN Getaways), pengalaman yang dirasai berbeza dengan tanggapan awal.

MGF26112018_PULAUBELITUNG_18
Pemandangan landskap indah tempat-tempat tarikan pelancong dan pulau dari atas di Pulau Belitung, Indonesia. foto AFIQ RAZALI, 26 NOVEMBER 2018.

Hakikatnya, Pulau Belitung bukan sekadar Laskar Pelangi sebaliknya melangkau segalanya. Betul, pengunjung akan mengingati Sekolah Laskar Pelangi dan Pantai Laskar Pelangi gara-gara sesi penggambaran dijalankan di sana.

Namun jangan terkejut kerana Pulau Belitung menawarkan percutian sama ada di darat atau di lautan.

Kampung Ahok, Dermaga Kirana, Muzium Kata Kata Andrea Hirata, Pelabuhan Tanjung Kepayang, Pantai Burung Mandi, Rumah Adat, pulau-pulau dan aktiviti snorkelling bakal menjadi pengalaman baharu dan kenangan terindah buat pengunjung.

Bagi pengunjung dari Malaysia, ada berita baik jika anda mahu berkunjung ke pulau ini. Ini kerana MTN Getaways telah memperkenalkan penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura ke Lapangan Terbang Tanjung Pandan di sini bermula 29 Oktober lalu.

MGF26112018_PULAUBELITUNG_36
Pemandangan indah Dermaga Kirana yang terdapat di Pulau Belitung, Indonesia. foto AFIQ RAZALI, 26 NOVEMBER 2018.

Syarikat yang berpangkalan di Singapura itu kini menjadi pelabur utama untuk merancakkan sektor ekonomi dan pelancongan di Pulau Belitung untuk tempoh lima tahun akan datang jumlah pelaburan sebanyak RM2 bilion.

Lebih menarik, MTN Getaways turut memperkenalkan tiga pakej percutian yang mampu menarik perhatian pengunjungmengikut bajet masing-masing.

Pakej-pakej tersebut merupakan kerjasama dengan Garuda Airlines, resort dan juga agensi pelancongan tempatan di negara itu.

MGF26112018_PULAUBELITUNG_31
Pemandangan indah pantai dan laut yang terdapat di Pulau Belitung, Indonesia. foto AFIQ RAZALI, 26 NOVEMBER 2018.

Ini kerana ia menawarkan harga mampu milik yang meliputi semua termasuk kos tiket penerbangan pergi-balik, penginapan di hotel, makan minum dan bukan sahaja menjanjikan percutian yang menarik tetapi yang lebih penting memberikan pelbagai pengetahuan dan pengalaman ketika melawat destinasi-destinasi menarik di Pulau Belitung.

Pakej ini bermula dengan harga serendah RM1,200 bagi pakej tiga hari dua malam dan RM1,500 bagi pakej empat hari tiga malam. Bagi mereka yang memilih pakej bebas dan santai pula, harganya hanya RM899.

Sementara itu, untuk maklumat lanjut mengenai pakej percutian ke Pulau Belitung, orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan dengan melayari laman web www.mtngetaways.com atau emel ke admin@mtngetaways.co, atau hubungi talian +65 85313381, +65 82893688 atau +65 65090183 (pejabat). – MalaysiaGazette

MGF26112018_PULAUBELITUNG_28
Di antara petugas media dan selebriti online Malaysia dan Singapura di Pulau Belitung, Indonesia. foto AFIQ RAZALI, 26 NOVEMBER 2018.
Source :- https://malaysiagazette.com/blog/2018/12/16/pulau-belitung-bukan-sekadar-laskar-pelangi/

About Author

client-photo-1
MTN Getaways

Comments

Leave a Reply