TENTANG KEINDAHAN BUMI LASKAR PELANGI YANG TIDAK DIKETAHUI

replika sekolah laskar pelangi
replika sekolah laskar pelangi

Alhamdulilah , pada 9-12 Disember Ain dan beberapa rakan media dan influencer telah pergi ke Pulau Belitung yang terletak di Indonesia. Perjalanan kami bermula di Johor Bahru. Di Johor Bahru kami sepakat untuk menaiki bas untuk masuk ke Kota Singa. Ini kerana flight kami akan terbang melalui Changi Airport dan akan mendarat di H.A.S Airport Tanjung Pandan. Bila aku cakap aku nak ke Belitung, ramai yang tanya “Eh dekat mana tu?” . Aku sendiri tak mampu untuk memberikan jawapan yang spontan tentang pulau ini.

Tapi bila dikatakan Pulau Belitung inilah tempat lahirnya Laskar Pelangi, okay aku terus rasa teruja. Kerana aku sangat suka kan lagu nyanyian Nidji- Laskar Pelangi. Cumanya, aku terlupa mahu menonton Filemnya terlebih dahulu. Kalau tak mesti lagi boleh dihayatinya. Nasihat aku, korang sebelum datang kesini, ayuh nonton dulu filemnya. Tiber aku berbicara indonesia. Hahaha. Kerana selepas aku menghayatinya , barulah aku tahu disebalik kisah sebenar Laskar Pelangi itu.

Pulau Belitung, satu nama yang kedengaran pelik menurut orang kita. Tapi, sejujurnya..aku mahu datang kesini lagi. Mungkin orang bercerita tentang indahnya pulau-pulau yang berada disekelilingnya. Tapi tidak pada aku. Aku jatuh cinta pada budaya orang Belitung. Subhanallah. Di sana tiada macet orang bilang. Di sana masih ada toleransi sesama masyarakat. Di sana, kau masih boleh rasa santai nya kehidupan mereka.

Oh, disana juga telat 1jam berbanding di Malaysia. So,jangan terkejut pulak masuk waktu solat awal. Hahaha. Nah, kau orang Malaysia, Ain disini mau membawa kau orang semua untuk bersama-sama menghayati keindahan bumi laskar pelangi ini. Nantikan kesinambungan nya ya teman teman.

Sebelum itu, gue mahu membawa teman-teman untuk menyulusuri ke laman web yang mana mereka inilah yang akan menjadi penunjuk arah sepanjang gue berada disana. Siapakah mereka ini? Ayuh , kita langsung terus kliknya ya :

Instagram: @mtngetaways
Source :- https://akuainkausiapa.blogspot.com/2018/12/tentang-keindahan-bumi-laskar-pelangi.html

About Author

client-photo-1
MTN Getaways

Comments

Leave a Reply